Random Video

Undi tak percaya PM: Muhyiddin ikut arahan whip BN

2015-07-29 54 Dailymotion

Diminta mengulas cadangan pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengundi berdasarkan arahan whip BN.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada usul itu akan dibentang kerana ia cuma hipotesis tetapi sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, dirinya akan membuat keputusan mengikut arahan.