Random Video

'Kementerian Kewangan gagal serah dokumen 1MDB'

2015-07-29 5 Dailymotion

Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hari ini mendedahkan selain syarikat pelaburan negara 1MDB yang kini sarat hutang tidak memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara, turut gagal menyerahkan dokumen berkaiatan adalah Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan diterajui oleh menterinya Datuk Seri Najib Razak yang minggu lalu didakwa oleh akhbar The Wall Street Journal bahawa dana berkaitan 1MDB bernilai RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.