Random Video

Pandikar mahu jadikan PAC ‘pak turut’ k’jaan, kata Pua

2015-08-03 4 Dailymotion

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menjadikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai jadi bahan jenaka dan menyalah-gunakan kuasanya apabila mentafsirkan Peraturan Tetap bahawa jawatankuasa parlimen tidak boleh bersidang tanpa pengerusi.

Beliau yang juga adalah timbalan pengerusi PAC mengingatkan Pandikar bahawa pada Mei lalu, mahu meletakkan jawatan kerana tidak mahu dianggap sebagai ‘pak turut’ kerajaan tetapi sekarang mahu berbuat demikian ke atas jawatankuasa parlimen.