Random Video

Nahas pesawat C-130: Angka kematian kini 141orang

2015-08-03 22 Dailymotion

Angka kematian selepas pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas di kawasan perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara, pada tengah hari semalam kini meningkat kepada 141 orang.

Pesawat itu terhempas kira-kira dua minit sejurus berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Soewondo, sebelum meletup sambil mengeluarkan bola api di kawasan perumahan yang menyebabkan banyak bangunan dan kereta musnah serta terbakar.