Random Video

Roket Falcon 9 SpaceX meletup selepas pelancaran

2015-08-03 90 Dailymotion

Sebuah roket tanpa pemandu milik SpaceX meletup selepas beberapa minit dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada Ahad, sekali gus memberi tamparan kepada program angkasa lepas syarikat itu yang diterajui taikun internet, Elon Musk.

Kejadian itu adalah yang ketiga dalam tempoh kurang setahun membabitkan kapal angkasa Amerika Syarikat dan Russia yang digunakan untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Keadaan itu menyebabkan ramai bimbang mengenai aturan penghantaran bekalan makanan dan peralatan kepada angkasawan yang kini tinggal di orbit.