Random Video

'Jangan jadikan remaja negara jaguh kampung'

2015-08-03 2 Dailymotion

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan kerisauan terhadap pemain bola sepak bawah 13 tahun negara yang tidak dapat memenuhi potensi sebenar sekiranya mereka diserap ke dalam sistem Persatuan Bola Sepak Negara (FAM).

Katanya, selepas melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara, beliau menetapkan sasaran agar pemain-pemain bawah 13 tahun negara tidak terbatas untuk bermain dalam liga tempatan, tetapi sebaliknya beraksi dengan kelab dari luar negara.