Random Video

'Duit tak hilang, kenapa nak glamorkan Jho Low?'

2015-08-04 9 Dailymotion

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan menyentuh tentang dakwaan pembabitan Jho Low dengan 1MDB kerana hartawan itu “tidak perlu diglamorkan”.

Husni berkata hanya media melaporkan bahawa Jho Low memiliki Good Star Limited, syarikat yang dikaitkan dengan usahasama 1MDB dan PetroSaudi beberapa tahun lalu.

Dilaporkan usahasama itu menyebabkan Good Star memperoleh AS$700 juta.