Random Video

Ulama dakwa DAP mahu campur tangan pemilihan PAS

2015-08-04 1 Dailymotion

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur dalam tempoh dua minggu lagi seolah-olah membayangkan cubaan campurtangan bagi mengharapkan sokongan bagi golongan tertentu.

Katanya, tindakan itu bukannya satu akhlak kerjasama politik dan DAP tidak seharusnya memberikan isyarat mahu sesuatu pihak menang dalam muktamar yang bakal berlangsung awal bulan Jun nanti.