Random Video

Wanita sebagai MP, ahli parlimen bertikam lidah

2015-08-04 6 Dailymotion

Ahli Parlimen kedua-dua pihak bertikam lidah apabila Khalid Samad (PAS-Shah Alam) membidas Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Penggerang) kerana dikatakan tidak membela wanita.

Menurut Khalid, Azalina suka membuat stereotaip ke atas wanita sedangkan kemenangan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang pauh) membuktikan bahawa pengundi yakin dengan kebolehannya memimpin.