Random Video

Ahmad Maslan akui pelaburan 1MDB berisiko tapi kecil

2015-08-04 1 Dailymotion

Seminggu selepas menafikan pelaburan berbilion ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengundang masalah, hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengakui pelaburan itu ‘berisiko kecil’.

Menjawab soalan Nasrudin Hasan (PAS–Temerloh) di Dewan Rakyat, katanya, KWSP membeli RM200 juta bon daripada 1MDB pada 2009, yang dijamin sepenuhnya kerajaan dan melabur RM1.52 bilion dalam 2 aset jana kuasa (IPP) yang akhirnya diambil alih 1MDB.