Random Video

Mahathir: Tanggungjawab Umno gugurkan Najib

2015-08-04 23 Dailymotion

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Datuk Seri Najib Razak kalah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Justeru, menurutnya, Umno bertanggungjawab menggugurkan Najib kerana jika beliau terus memimpin parti itu BN akan kalah dan beliau tidak rela melihat perkara itu terjadi.