Random Video

Kecoh! Anggota MBI rampas sayur, buah peladang

2015-08-06 22 Dailymotion

Kekecohan tercetus seketika apabila anggota penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengarahkan kira-kira 300 petani, peladang dan penternak bersurai dan merampas pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibawa bersama.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar dan puluhan petani serta aktivis yang mengadakan protes di luar pejabat Menteri Besar Perak yang diberi notis supaya berpindah dari tanah yang diduduki mereka.