Random Video

Pelarian Palestin tinggalkan Yarmouk selepas ketibaan IS

2015-08-06 8 Dailymotion

Kira-kira 2,000 pelarian Palestin dari kem perlindungan Yarmouk di ibu negara Syria melarikan diri selepas militan Negara Islam (IS) menguasai sebahagian besar kawasan itu.

Lebih 400 keluarga sejak Jumaat lalu mula meninggalkan kem perlindungan mereka dengan bantuan tentera yang mengawal dua laluan di daerah Zahira menuju ke Yalda yang
dikuasai kerajaan Syria.