Random Video

Menteri akui RM950 juta 'kredit tersedia' buat 1MDB

2015-08-06 1 Dailymotion

Kerajaan mengakui memperuntukkan “kredit tersedia” RM950 juta untuk syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai masalah aliran tunai.

Pengakuan itu dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) di Dewan Rakyat.

Namun katanya, setakat ini, 1MDB hanya menggunakan RM60 juta untuk menguruskan aliran tunai syarikat itu.