Random Video

Tuduh Jakim promosi keganasan, peguam didakwa menghasut

2015-08-07 4 Dailymotion

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerbitkan tweet menghasut dengan menuduh khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Eric yang juga seorang peguam mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.