Random Video

Walau sedih dipecat, Zaidi takkan simpan dendam

2015-08-08 10 Dailymotion

Selepas mengorbankan lebih separuh daripada usianya berkhidmat kepada ibu pertiwi, Zaidi Ahmad, mengakui amat sedih kerana dipecat atas kesalahan membuat kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Keputusan Mahkamah Tentera memecatnya dibuat genap pada sehari selepas ulang tahun ke-26 Zaidi bertugas bersama TUDM.

Dalam wawancara Sabtu lalu, Zaidi reda dengan pemecatan itu dan yakin beliau melakukan perkara yang betul.