Random Video

PasMA tubuh parti baru, Mahfuz elak soalan wartawan

2015-08-08 1 Dailymotion

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan wartawan mengenai spekulasi bahawa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan menubuhkan sebuah parti politik baru dan pertemuannya dengan Setiausha Agung DAP Lim Guan Eng, semalam.

Sebaliknya, beliau meminta wartawan supaya mengajukan soalan kepada PasMa ang digerakkan oleh sekumpulan anggota PAS yang kritis.

Pada pertemuan di Komtar, Pulau Pinang semalam, kumpulan yang diketuai oleh bekas exco Kedah Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi itu dikatakan berbincang berhubung “kerjasama masa depan” dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.