Random Video

Apa salah terima RM20 untuk rokok? kata geng Saiful

2015-08-09 7 Dailymotion

Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan terus menafikan dakwaan mereka diberi bayaran untuk berhimpun sempena perbicaraaan liwat II di Istana Kehakiman di Putrajaya sejak minggu lalu.

Sebelum ini, Mark Trowell, seorang pemerhati antarabangsa dalam rayuan kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan mengenai kain rentang yang dibuat secara profesional yang dibawa oleh penyokong Saiful.

Bagaimanapun menurut Mohammad Rashid Mokhtar yang hadir, kain rentang berkenaan dibekalkan oleh keluarga Saiful dan beliau juga mempertahankan pemberian 'wang kocek' RM30 untuk rokok..