Random Video

Stesen minyak 'diserbu' berikutan kenaikan harga minyak

2015-08-10 144 Dailymotion

Tinjauan Kinitv mendapati kesesakan luar biasa di stesen minyak sekitar Lembah Klang sejak petang semalam, berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel.

Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.