Random Video

Peguam kesal pendapat undang-undang dianggap menghasut

2015-08-10 18 Dailymotion

Peguam Edmund Bon yang diambil keterangannya oleh polis kesal komennya tentang status fatwa ke atas orang bukan Islam kini disiasat di bawah Akta Hasutan.

Bercakap kepada KiniTV pagi tadi selepas memberi keterangan kepada polis, Bon pada mulanya terperanjat apabila dipanggil untuk memberi keterangan.

Sementara itu, peguamnya, Amer Hamzah Arshad juga memberikan hujah yang sama dan jelasnya, tidak ada sebarang elemen atau unsur hasutan dalam kenyataan Bon.