Random Video

Israel cabul gencatan senjata

2015-08-10 28 Dailymotion

Jet rejim Israel melancarkan serangan ke atas Gaza, awal hari ini selepas mendakwa pergerakan Hamas melancarkan roket ke arah wilayah Israel.

Ini sekali gus mengancam gencatan senjata terbaru selama lima hari yang berkuatkuasa pada pukul 12 tengah malam tadi waktu tempatan atau jam 5 pagi waktu Malaysia.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Israel melancarkan empat serangan udara ke atas Gaza, kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata terbaru itu dikuatkuasakan.