Random Video

‘Pakatan k’jaan sah di S’gor, semua 3 exco DAP kekal’

2015-08-10 0 Dailymotion

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat masih merupakan kerajaan negeri yang sah di Selangor meskipun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilucutkan keanggotaan PKR semalam.

Menurutnya, ini kerana kerajaan negeri itu masih stabil dan mempunyai sokongan 43 daripada 56 ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau juga memaklumkan semua tiga exco DAP akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga seorang menteri besar baru dilantik.