Random Video

Ku Nan: Niat saya hanya untuk pastikan KL bersih

2015-08-11 4 Dailymotion

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak berniat menafikan usaha murni pelbagai pihak untuk menyediakan makanan percuma kepada orang gelandangan dan fakir miskin di ibu negara.

Sekalipun menerima rungutan dan dilempar dengan kata-kata kesat, katanya, niat beliau hanya mahu memastikan ibu negara bersih dan sedia menjelaskan tujuan arahannya sebelum ini.

Menulis di laman Facebooknya, Tengku Adnan berkata beliau hanya mahu memperbetulkan keadaan dan bersedia untuk memperjelas tujuan sebenar kepada pihak yang mempunyai tanggapan dan persepsi berbeza.