Random Video

PPIM minta JAKIM serbu Buffet Ramadan tanpa sijil halal

2015-08-11 4 Dailymotion

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan terhadap premis makanan serta restoran di hotel yang menawarkan buffet sempena Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal.

Selain itu, menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, agensi penguatkuasa juga harus memberikan perhatian terhadap premis 'halal' tetapi tetap menghidangkan minuman arak.