Random Video

DNA babi: Peruncit Islam boikot produk Kraft Food

2015-08-12 23 Dailymotion

Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mengumumkan, 800 anggotanya akan menghentikan jualan produk keluaran syarikat multinasional Kraft Food Group ekoran penemuan DNA babi dalam salah satu produknya.

MAWAR yang berkempen dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan kempen boikot itu sebagai tanda bantahan kerana pengeluar produk tersebut bukan sahaja melanggar sensitiviti umat Islam, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.