Random Video

Kecoh: Wartawan, jurugambar berebut ambil gambar panda

2015-08-12 9 Dailymotion

Sedikit kekecohan berlaku apabila sekumpulan wartawan dan jurugambar berebut-rebut mahu merakamkan gambar dan video kedatangan pasangan panda, Fu Wa dan Feng Yi di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Berlaku tolak menolak dan beberapa jurugambar terjatuh ke atas satu sama lain. Namun tiada yang dilaporkan cedera.

Ikuti rakaman wartawan / juruvideo Kinitv, Elaine Tiu yang berada di KLIA sejak jam 5 pagi.