Random Video

PERKASA mahu Najib pecat menteri jaga perpaduan

2015-08-12 8 Dailymotion

NGO pendesak Melayu, PERKASA hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Kurup ataupun menukarnya dengan menteri lain kerana dianggap tidak layak untuk menjaga perpaduan negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kenyataan Kurup yang mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan, menganggu keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.