Random Video

Pengerusi MLKN: PLKN masih selamat seperti penerbangan

2015-08-13 12 Dailymotion

Pengerusi Kebangsaan Majlis Latihan Khidmat Negara, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mahukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan. Ia adalah berikutan dua kes kematian daripada lebih 700,000 pelatih yang mengikuti program itu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keselamatan di kem-kem khidmat negara yang dikatakan telah mencatatkan seramai 20 kematian setakat ini.