Random Video

MH370: Tiada pihak tuntut wang tebusan, kata Hisham

2015-08-13 2 Dailymotion

Sukar untuk mengenal-pasti apa yang berlaku di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana tidak ada tuntutan wang tebusan yang dibuat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Justeru, menurut beliau pihak berkuasa tidak dapat mengandaikan apa yang berlaku adalah rampasan mahupun tindakan keganasan.

Buat masa ini tumpuan siasatan adalah: rampasan, sabotaj dan masalah psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah di antara penumpang dan anak kapal.