Random Video

Pesawat MAS hilang, spekulasi dakwa MH370 mendarat cemas

2015-08-14 2 Dailymotion

Pihak berkuasa Malaysia dan China masih berusaha untuk mengesahkan spekulasi bahawa penerbangan MH370, yang dilaporkan hilang pagi ini, dikatakan telah mendarat di lapangan terbang di China.

Ketua Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media, pagi tadi berkata pihaknya sedang berusaha keras untuk mengesahkannya tetapi masih belum mempunyai sebarang pengesahan.

MH370, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.40 pagi ini dalam perjalanan ke Beijing, telah hilang dari radar pada jam 2.40 pagi.