Random Video

Anwar di Kajang kerana Umno akan bertindak keras di S'gor - Nik Nazmi

2015-08-14 5 Dailymotion

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di sana kerana menjangkakan Selangor dan negara akan diuji dengan tindakan keras oleh kerajaan persekutuan.

Walaupun mengakui keputusan itu akan menjejaskan sokongan masyarakat terhadap Pakatan, katanya, penyertaan Anwar adalah satu strategi untuk mencapai kepentingan yang lebih besar.