Random Video

Pegawai k'jaan yang keluar IC, kata Mahathir

2015-08-15 10 Dailymotion

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan "pegawai kerajaan" yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.