Random Video

Shafie cabar Zahid: Bertindak jika ahli mahu guling k'jaan

2015-08-16 2 Dailymotion

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menyiasat dan bertindak terhadap anggota parti itu yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat dengan lebih mendalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Zahid yang juga adalah menteri dalam negeri itu.