Random Video

Harga ayam: Pas mahu kerajaan tetap harga siling

2015-08-16 5 Dailymotion

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, mendesak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menetapkan siling bagi harga ayam pada Jumaat ini.

Harga siling itu perlu tidak lebih dari harga siling tahun lalu, iaitu RM6.80 untuk tidak membebankan pengguna ekoran kenaikan harga ayam kebelakangan ini.