Random Video

Anak Muammar Gaddafi dituduh membunuh

2015-11-02 1 Dailymotion

Anak Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang digulingkan hadir di mahkamah di sini Ahad untuk berdepan tuduhan membunuh seorang pemain bola sepak dan jenayah lain sebelum revolusi tahun 2011 yang menamatkan pemerintahan bapanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan Saadi Gaddafi yang diekstradisi dari Niger tahun lalu sehingga 6 Disember, selepas peguamnya memohon lebih masa untuk memeriksa kes anak guamnya itu serta mendapatkan akses kepada dokumen pendakwaan tentera.