Random Video

Dana Yapeim untuk golf, NGO gesa menteri letak jawatan

2015-11-13 3 Dailymotion

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa perjalanan seorang menteri Umno ke Amerika Syarikat berharga RM410,978 dibayar oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Memetik invois dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin (PEMANGKIN), Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, antara kos perbelanjaan yang terlibat termasuklah lawatan ke pusat membeli-belah dan bermain golf.