Random Video

Reman terhadap pemimpin PSM ditolak selepas dilokap sehari

2015-12-29 1,232 Dailymotion

Majistret hari ini menolak permohonan reman polis terhadap AJK Pusat PSM, Khairul Nizam Abd Ghani untuk membantu siasatan berhubung laporan terhadap status yang dimuat naik di laman facebook.

Khairul semalam, ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia ketika hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.