Random Video

OSA 1MDB: Apa yang ditakutkan kerajaan, kata Muhyiddin

2016-05-18 1,869 Dailymotion

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan 1MDB yang diteliti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC dan dibentangkan di Parlimen sepatutnya boleh dibaca setiap rakyat negara ini.

Tetapi, kata bekas perdana menteri itu, yang menghairankan ia tidak boleh dibaca orang ramai dan kerajaan memutuskan dokumen itu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA.

"Apa yang ditakutkan sangat itu," katanya pada Majlis Berani Kerana Benar di Batu Pahat anjuran GKCM Johor Isnin lalu.