Random Video

Anugerah Puskas: Gol Faiz Subri paling tinggi tontonan setakat ini

2016-11-24 7,483 Dailymotion

Video gol 'magis' jaringan Faiz Subri mencatat tontonan tertinggi setakat ini berbanding dengan video penjaring gol yang lain bagi anugerah Puskas 2016 di laman YouTube FIFA.

933,317 tontonan setakat jam 10 pagi tadi dan menerima 1534 komen positif yang memuji gol berkenaan.

Senarai video gol lain menurut urutan jumlah tontonan diikuti gol Marlon dari Brazil 760,810 tontonan, Neymar 723,745 dan Lionel Messi sebanyak 720,452 tontonan.