Random Video

Video Tahun Baharu Cina Malaysia Airlines terima pujian netizen

2017-01-27 3,121 Dailymotion

"Ini adalah video Tahun Baharu Cina terbaik tahun ini, ia tidak melibatkan mana-mana bangsa termasuk bangsa Cina"

"Sangat kreatif dan inilah contoh semangat kepelbagaian budaya Malaysia, ya ini video Tahun Baharu terbaik setakat ini"

Di atas adalah antara komen dari para pelayar internet tentang video Tahun Baharu Cina terbitan Malaysia Airlines yang tular di laman Facebook beberapa hari ini.

Video dimuat naik oleh laman Facebook rasmi Malaysia Airlines tentang kapsyen 'The richness of Malaysia begins with our people. Experience a truly Malaysian greeting this Chinese New Year' mendapat tontonan hampir 700 ribu setakat jam 10.30 pagi tadi.

Video berkenaan yang memaparkan orang bukan berbangsa Cina petah bertutur bahasa mandarin itu turut mendapat kongsian melebihi 11 ribu oleh para pengguna Facebook.