Random Video

Sentimen anti-Islam? Baktash 'uji' rakyat Manchester

2017-05-31 1,196 Dailymotion

Seorang lelaki Muslim, Baktash Noori, 22, berdiri sambil matanya ditutup dengan kain hitam menawarkan diri untuk dipeluk rakyat Manchester, susulan kejadian bom meletup yang mengorbankan 22 orang dalam satu konsert di bandar itu baru-baru ini.

Usaha ini dilakukannya sebagai experimen sosial terhadap sejauh mana sentimen anti-Islam di kalangan rakyat Manchester susulan serangan tersebut.

Seramai 150 orang awam tampil ke depan dan memeluk Baktash di Dataran St Ann selama sejam apabila dia berkata "Saya Muslim dan saya percaya anda. Adakah anda percaya saya untuk satu pelukan."

"Tidak ada seorang pun daripada mereka yang ucap kata-kata negatif terhadap saya.

"Rakyat Manchester semuanya bijak. Kami akan sentiasa bersatu sebagai satu komuniti dan saya rasa itu yang membuatkan kami menjadi yang terbaik."