Random Video

Isteri nyaris maut, kaki tersangkut celah kabel elektrik

2017-07-06 1 Dailymotion

Beberapa keping foto tular di media sosial menunjukkan seorang wanita terselamat daripada maut apabila kakinya tersangkut pada kabel elektrik selepas terjatuh dari tingkat empat di kediaman di Benxi, China.

Insiden yang berlaku pada 4 Julai lalu itu mengejutkan penduduk sekitar apabila wanita yang hanya memakai baju pendek merah dan berseluar itu terselamat selepas terjatuh ketika mencuci tingkap.

Media-media tempatan melaporkan suaminya yang berada di rumah itu gagal untuk menangkapnya ketika jatuh lalu tersangkut pada kabel elektrik yang berada di antara tingkat kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, dia pengsan seketika setelah terkejut dengan insiden itu.

Wanita itu akhirnya berjaya diselamatkan pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian.