Random Video

Perlu pelbagai hasil kurangkan defisit fiskal

2017-12-06 0 Dailymotion

Kerajaan perlu mempelbagaikan hasil bagi mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.5 % tahun ini dalam usaha merealisasikan bajet seimbang menjelang 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di facebook berkata perbelanjaan mampan merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) 10 tahun kerajaan, yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.