Random Video

Kos semasa Lebuhraya Pan Borneo meningkat

2017-12-06 3 Dailymotion

Peruntukan besar RM27 bilion dalam Bajet 2015 bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo membuktikan komitmen kerajaan pusat menyediakan kemudahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan itu berasaskan anggaran terkini disebabkan kenaikan kos bahan, harga pasaran tanah yang bakal diambil alih untuk pembesaran jajaran dan kos lain berbanding anggaran RM22 bilion dibuat pada 2010.