Random Video

Perkhidmatan kesihatan terhad di Kelantan

2017-12-06 0 Dailymotion

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kini menjadi pusat perubatan untuk mangsa yang terjejas banjir dan pesakit yang dipindahkan dari hospital terjejas di Kota Bharu. Kini operasi hospital tersebut ditumpukan sepenuhnya bagi misi perubatan dan bantuan. Serentak itu, Timbalan Canselor Usm Professor Dato' Dr. Omar Osman mengarahkan sesi pembelajaran dihentikan sementara.