Random Video

Bertumbuk, 2 rakan sepasukan dilayang kad merah

2018-03-22 8,802 Dailymotion

Kita biasa mendengar pergaduhan pemain bola sepak tetapi biasanya ia berlaku antara pasukan yang berlawan.

Namun jika itu biasa ini agak luar biasa apabila dua pemain dari pasukan yang sama bergaduh sesama sendiri.

Ligue 2 Perancis, menyaksikan pemain kelab Auxerre dilayang kad merah kerana bergaduh ketika aksi menentang Quevilly Rouen.

Pergaduhan antara Pierre-Yves Polomat dan Michael Barreto terpaksa dileraikan pemain lawan pada ketika baki perlawanan berbaki 10 minit lagi.

kedua pemain itu turut dpanggil ke jawatan kuasa displin untuk menerangkan punca mereka bergaduh.