Random Video

Rakaman video selepas kejadian kereta rempuh remaja di Johor Bahru pagi ini.

2018-07-11 23 Dailymotion

JOHOR BAHRU 18 Feb. - Seramai lapan orang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak maut dipercayai dirempuh kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini awal pagi.

Utusan Malaysia difahamkan, enam maut ditempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kejadian tersebut turut viral dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

“Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya. - UTUSAN ONLINE