Random Video

Bebas beragama tidak bermaksud bebas mempromosi agama - Mujahid

2018-11-01 5,523 Dailymotion

Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi mana-mana agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perkara ini yang selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mungkin apa perlu dibincang di sini ialah beberapa perdebatan tentang Artikel 11 iaitu kebebasan untuk beragama cuma dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi, itu isunya yang mungkin jadi perdebatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu reaksi kerajaan mengenai kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap penangkapan 50 penganut Syiah di Kelantan baru-baru ini yang menurut mereka menafikan hak Perlembagaan individu terbabit untuk kebebasan beragama.