Random Video

Sah Najib akan hadir, Dr M dan Anwar turut dijemput

2018-12-05 32,794 Dailymotion

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa sudah mengesahkan kehadiran untuk perhimpunan membantah Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Perkara itu disahkan pengarah program himpunan itu, Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata, penganjur juga mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke himpunan itu sekiranya ingin mendengar suara rakyat.