Random Video

Dr M 'terjah' TBS, ambil gambar keadaan sekeliling

2019-02-01 23,649 Dailymotion

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan mengejut ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Dr Mahathir, yang berada hampir sejam di terminal bersepadu itu untuk meninjau operasi, turut meluangkan masa bertemu orang ramai yang menggunakan perkhidmatan di terminal itu serta mengunjungi kedai nasi kandar di Aras 4 TBS.